Saturday, March 5, 2011

Quran Tulisan Tangan Berusia Ratusan Tahun - Mushaf Nusantara















Quran ini bertulisan tangan dan lengkap 30 juzuk. Terdapat mukasurat dengan hiasan berwarna. Dianggarkan berusia 300 hingga 400 tahun berdasarkan jenis kertas yang digunakan - kertas 'daluang' ini banyak digunakan di pesantren-pesantren Indonesia sekitar kurun ke 17 (1600 - 1699 Masihi).

Kondisi Quran adalah usang setara usianya, tapi masih terpelihara dan kesemua 6,666 ayat di dalam 114 surah masih tertera dengan jelas dan dapat dibaca. Quran antik
dan langka ini berukuran agak besar 35cm x 23cm, serta mengandungi 273 helaian dan 546 mukasurat. Kulitnya yang asli sudah rosak dan digantikan dengan yang baru beberapa dekad lalu.

Quran ini pernah singgah di Kesultanan Brunei sekitar 1391 Hijrah atau 1971 Masihi, seperti yang dinotakan dengan tulisan jawi berdakwat merah di mukasurat akhir.

No comments:

Post a Comment